Konsert Akhir AF 7 pada pandangan aku

Standard

Aku menulis blog ini dengan mata terlekat di skrin TV melihat persembahan pertama calon juara AF 7, Hafiz. Oh, aku bukanlah peminat setiap AF, tambahan pula ini konsert pertama dan terakhir untuk AF 7 yang aku tonton pada musim ini. Teruskan membaca entri penilaian konsert akhir AF 7 daripada pandangan pertama aku.

Hafiz
Aksi Din Beramboi dalam sesi ‘coverline’ sebelum permulaan nyanyian Hafiz aku lihat macam beruk kena tonyoh belacan kat mata, terkedek-kedek, terkial-kial atas pentas. Tawa para penonton pula kurang aku dengar. Kesian pula aku padanya beraksi sedemikian rupa.
Lagu pertama yang dibawakan Hafiz, entah apa tajuk aku dah lupa..maaf-maaf…permulaan yang kedengaran tenggelam-timbul dan pertengahan agak ‘ok’ dengan gadis-gadis menari tergedik di sekelilingnya seakan memberi semangat luaran kepada Hafiz. Diakhirnya, komen pengkritik yang memuji-muji Hafiz seakan seperti seorang superstar. Kembang-kempis hidung si Hafiz ni menahan getaran nafas di dada yang berombak. Bangga mungkin, penat mungkin.

Akim
Lagu pertama dan juga lagu baru yang diberikan kepada Akim bertajuk Bengang ciptaan komposer yang aku tak tahu pula siapa. Dibawakan dengan penuh perasaan tetapi seakan gugup di pentas. Pengkritik mengakhiri persembahan Akim dengan berkata suaranya sedap, dikatakan juga kena dengan diri Akim dan dibawakan dengan jiwa Akim sendiri. Oh, aku dah tahu pencipta lagu, namanya Ameng. Ameng dari kumpulan mana haa ?? Macam pernah dengar saja. Sorakan penonton di Bukit Jalil memecah kesunyian rumah aku. Sunyi je malam ni. T_T

Berhenti dulu, dengar celoteh Sarimah Ibrahim. Pot pet pot pet sungguhkan dia ni. Iklan pula dah!

Yazid
Lisa Surihani naik ke pentas jadi jurufoto ? Aku ingatkan jurufoto biasa tadi, tiada perkenalan apa pun kepada si Lisa. Selepas layar menayangkan nama Lisa Surihani, barulah kedengaran tepukan hadirin. Seperti gimik kosong saja oleh Astro. Kesian Lisa ni, naik atas sekejap saja, beraksi seperti jurufoto dalam drama kecil di pentas dan turun semula.
Lagu yang didendangkan Yazid, Kasidah Cinta aku dengar macam takda feeling langsung, kosong je muka dia. Harapkan semak penari berbulu atas pentas dan aksi macam syok sendiri. Juri pula kata, persembahan macam berat sangat untuk Yazid ni, persembahan tak kena sangatlah serta sangat-sangat tak betul, dan semestinya ada sedikit pujian di akhir kata si pengkritik.

Isma
Berpakaian serba putih dah macam rupa Rossa tembam pula sekali pandang si ibu beranak lima ini. Sekali ada promosi Perpaduan Malaysia pula, siap tayangkan website 1Malaysia milik PM lagi. Politik pun dah ada dalam AF ye sekarang ni.
Lagu bertajuk “Bisikan…Godaan” diperdengarkan, terlihat keyakinan dalam diri Isma ketika terkeluar ayat pertama lirik lagu ini. Lagak bagaikan penyanyi profesional di atas pentas memukau hadirin. Juga ada penari-penari di belakang. Heh, tak penat ke tergedik-gedik ni. Kelibat adik Isma, Tomok Jutawan juga kelihatan di tempat penonton disebelah suami Isma. Penghayatan yang tinggi diberikan Isma untuk lagu ini. Memang best la. Pengkritik menyatakan persembahan ‘playsafe’ la..tapi memang hot tetapi gagal. Kritikan yang dibalas dengan sorakan membantah peminat Isma. Yang lain malas la aku ulas, panjang pula celoteh.

“Anda semua nantikan nyanyian awok??? Teruskan bersama Akademi Fantasia”..iklan lagi.

Aril
Aril buat gaya Mr.Bean time pilih kad ujian oleh AC Mizal. Adam pula masuk, menari 5 6 langkah, salam-salam, cakap-cakap terus keluar. Macam buang masa Adam tu je. Alamak, terlepas tajuk lagu si Aril ni, maaf sekali lagi, terlupa la. Aku pengulas pandangan pertama, bukanlah pengulas sepanjang masa.
Suara serak basah Aril ni macam tak kena dengan lagu sedih ni la. Mata dah macam berair, muka dah naik merah, feeling sudah ada, suara macam tak kena sikit. Silau lampu besar tu kot ? Dah macam teran semacam je, hehe..peminat Aril jangan marah. Pengkritik kata, pancit! Angin tak pam elok-elok sebelum ni. Eh, over pula Aril ni menjerit Awok..sapa tahu Awok tu apa ha ??
Aku ingat saja kata AC Mizal ni, “Kata Shuffler, tapi ada teddy bear..piiiraaaah!” Haha!

Habis sudah persembahan pertama para pelajar. Bekas pelajar yang terkeluar pula diberi peluang Astro mendendangkan lagu, Ab, Amin, Kelana, Faezah, Cabby.
Sumpah aku tak kenal mereka ini. Kelana ni mula nyanyi terus pancit. Kesian ah. Yang lain pula agak sedap didengar. Faezah ini pula wanita tunggal bertudung dalam AF untuk kali ini. Tak manis dipandang wanita bertudung terkinja-kinja di atas pentas.

Persembahan kedua sudah bermula. Aku tak larat nak ulas la! Setakat ini sahaja. Nanti aku masukkan juara untuk Akademi Fantasia musim ketujuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *