Salam Aidilfitri 2012

Standard

Belum terlambat nak ucapkan kepada jutaan peminat yang membanjiri blog ini saban hari. Bajet popular nak dapat viewer jutaan tiap hari. Ok abaikan. Keh keh keh!

Dikesempatan ini, nak mohon sejuta maaf dari segala salah silap diri aku ni; terutama kepada keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan. Kalau ada yang tak puas hati gak, sila tinggalkan komen. Tak lupa juga kepada sesiapa yang aku ada berhutang, mohon tuntut segera sebab mungkin aku dah terlupa. Kepada yang berhutang dengan aku, boleh juga tolong langsaikan. Haha.

Raya kali ini kurang kemeriahan dalam rumah ni sebab kekurangan anggota keluarga. Seorang di kampung halaman mertua, seorang lagi di perantauan menjalankan aktiviti amal. Yang tinggal hanya seorang jejaka kacak dan abangnya serta adik perempuan bersama abah dan mama. Ohsem.

Jadi, itu saja dapat ku karang kerna kekurangan masa; bunyi enjin kereta masuk dan aku harus turun bersalaman dan bermaafan. Tipikal betul.

Jadi, salam aidilfitri untuk semua yang berpuasa penuh!

2 thoughts on “Salam Aidilfitri 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *