Hidup bukan seorang diri

Standard

Dulu aku pernah naik teksi seorang pakcik ni, manis mukanya. Dalam pukul 7 pagi, kenderaan dah mula bertali arus nak mengejar waktu pejabat masing-masing. Pakcik tu kurang bercakap dan hanya menjawab sepatah dua bila aku bertanya dan mudah tersenyum.

Aku yang mengejar waktu meminta dia lebih pantas memandu; dia hanya mengangguk dan tersenyum. Keretanya sedikit laju menyusuri jalan taman.

“Jalan ni cepat sikit dik, tak payah nak hadap sesak sangat” katanya, aku hanya mengiakan.

Sehingga lah sampai di satu simpang tetiba sahaja sebuah lori sampah keluar mengejut untuk masuk ke jalan besar. Terhenti mengejut teksi yang aku naik. Aku terus menyumpah tambahan pula dengan tanpa rasa bersalah lori sampah itu membunyikan hon dan menunjukkan isyarat lucah. Mahu saja aku keluar dan hentak kepalanya.

Aku lihat pakcik teksi hanya tersenyum dan mengangkat tangan membalas isyarat lucah itu. Tak puas hati aku dibuatnya.

“Kenapa pakcik senyum dan lambai tangan je” soal ku

“Biarkan la dia lepaskan marah tu pada kita, jangan kita membalas marah itu” ujar pakcik teksi

Sambungnya lagi, “Kalau sampah dibuang pada orang, dan orang tersebut mengambil sampah itu dan mencampakkan pada orang lain, dan seterusnya berterusan kepada orang berikutnya, di mana penghabisannya?”

“Biarkan kita menerima amarah orang lain dan menerima dengan berlapang dada, kita tahu bukan salah kita, biarkan ia habis di situ saja..jangan kita ambil marah itu nanti mungkin akan dilepaskan pada orang lain pula”

Aku hanya membisu dan mengangguk bersetuju dengan kata pakcik teksi itu.

Jangan kita biarkan perasaan negatif menguasai diri kita mungkin nanti akan memberi kesan pada sekeliling.

Ambil masa 10-20 saat dan cuba senyum seorang diri.

20140609-004852-2932326.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *