Untung laa

Standard

wordpress1

Dalam setiap ungkapan “Untunglaaa…” ada dua maksud samada tersurat atau tersirat. Tersurat yang mengiyakan saja keuntungan si polan dan tersirat yang mempunyai satu perasaan mungkin jealous atau tak puas hati.
Ok.
Semalam tengah drive balik dari office, aku terfikir perkataan dan maksud “Rezeki”. Apa yang dikatakan “Rezeki”? Apa yang membuatkan tiap awal pagi dan lewat petang atau dikatakan setiap masa ada sahaja manusia yang sibuk bekerja secara halal atau haram. Mencari rezeki kah itu?

Bagi aku, rezeki ni bukan hanya pada duit atau gaji. Yes, dulu aku hanya terfikirkan rezeki adalah duit. Tapi no no no, kesihatan juga rezeki, kawan-kawan juga rezeki, setiap benda elok yang kita perolehi adalah rezeki yang Allah bagi. Jadi kalau benda tak elok? Tu namanya ujian.

Fikir punya fikir punya terbang melayang, aku dapat tangkap satu contoh rezeki. Aku ada kawan yang selalu pertikai, kenapa mat rempit muka tongkang pecah boleh dapat bini cun melecun. Bukan kawan saja pertikai, aku pun boleh memberontak tak puas hati. Tapi kalau diikutkan, itu rezeki dia dimana dia dapat pasangan yang cun melecun cantik disebabkan rezeki keindahan paras rupa tu tak ada pada dia. Jadi Allah bagi rezeki tu dari sumber yang lain. Yang membolehkan baka dia lepas tu jadi balance. Haaa…kan.

Tu baru satu contoh. Ada lagi contoh tapi aku tak dapat throwback dah otak aku fikir apa semalam.

Tapi apa yang aku dapat tangkap adalah satu flow di mana setiap benda yang kita buat adalah bermula dengan satu objektif atau tujuan. Dimana tujuan ini boleh dipecahkan kepada dua – positif dan negatif.

Aku bagi satu senario dimana kita ada final exam. Tujuan kita adalah untuk skor cemerlang setiap subjek, lebih-lebih lagi paper yang dah 3 kali repeat. Ok.

Setiap tujuan akan bermula dengan usaha. Kita usaha sungguh-sungguh. Siang malam berjaga untuk study – punya la fokus study sampai tak makan minum. Ok ni tipu. Lepas tiap hari berhempas pulas study bagai nak rak. Rasa confident dah boleh skor. Masa hari exam kita terus jawab apa yang kita belajar, kita cuba curahkan semua titisan ilmu atas paper dan berharap kita dapat jawab dengan betul. Fasa ni adalah masih dalam fasa berusaha.

Habis saja exam, kita secara automatiknya akan berharap dan berdoa moga setiap jawapan kita tu betul dan berjaya dapat keputusan cemerlang. Berdoa dan berharap ni adalah dalam fasa berserah dan tawakal. Fasa ni hanya valid lepas kita dah lepas fasa berusaha. Kalau tak berusaha tapi dah berserah/tawakal apa kejadahnya.

Masa hari keluar result – haaa masa ni lah kita tengok macam mana diri kita ni bertindak-balas ni dengan keputusan yang kita dapat. Ada yang lulus. Ada yang fail. Setelah habis dua fasa atas ni. Akan ada bermacam kesudahannya yang akan bergantung kepada akhlak, moral, akidah dan amalan kita.

Kalau dapat keputusan elok – itu la dinamakan rezeki yang Allah bagi atas fasa-fasa yang kita dah lalui. Bersyukur lah dan jangan riak.

Kalau keputusannya tak elok – itu ujian Allah beri kerana rezeki buat kita tak ada untuk waktu ini walaupun kita dah lalui fasa-fasa dengan semangat. Allah dan janjikan rezeki kita pada situasi lain dan bukannya pada exam ini.

Apa juga keadaan – akan terbit satu perasaan yang mengelilingi setiap rezeki atau ujian ni. Rasa redha dan bersyukur, rasa marah dan berserah tanpa redha. Jika kita masih berfikir negatif dan mengatakan Allah tidak adil; cuba lihat di mana kita berada sekarang. Jauh atau dekat dengan sang Pencipta?

“Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)”

(QS al-‘Imran [3]:27)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *