Main aci nyorok

Standard

Masa kecil-kecil dulu antara game yang paling menarik adalah nyorok2. Permainan yang perlukan seorang untuk mengira sampai 10(contohnya) sampai habis dan kemudian mula cari orang lain yang menyorok. Aku tak ingat apa ayat untuk disebut kalau si pencari terjumpa orang yang mencari. Jerit ‘Paah!’ mungkin? Selalunya orang yang pertama yang kantoi akan jadi si pencari untuk seterusnya.

Difikirkan balik, aku rasa aku sangat aktif dulu ajak orang main nyorok2; termasuklah ajak abang-abang aku. Rumah tempat aku membesar satu kawasan perumahan yang luas, sangat sesuai nak nyorok2 termasuklah bawah rumah. Oh, tempat paling senang nak kantoi. Tapi situ jugak kawasan pebret. Dalam longkang pun rasa macam sesuai. Termasuklah dalam semak dan tengah-tengah pokok pagar. Biasalahkan, budak-budak saiz badan besar mana sangat.

Kalau nak main dulu, terpaksa set kawasan mana yang tak boleh masuk. Gudang baja dalam 50meter sebelah rumah tak boleh, pejabat 200meter jauhnya dari rumah pun tak boleh. Ini pun kalau main dalam kawasan rumah memang cari mampus la tak limit kawasan siap-siap. Silap-silap kayuh basikal pusing satu kawasan perumahan nak cari orang.

Dan semestinyalah ada seorang kawan yang balik rumah tidur lepas bosan sembunyi. Dan kau sangat menyusahkah aku haritu!

Aku sebenarnya ada benda nak taip panjang lagi; disebabkan aku short-term-memory maka tercantas idea aku takat ni. Aku tak nak simpan draft!

31 Ogos 2012

Standard

Sebenarnya aku taip panjang lebar tadi untuk entri kali ni. Tapi disebabkan dah macam karangan mengarut dan tak ketahuan; maka aku select all dan delete semuanya. Dan tulis balik benda alah ni sebab aku rasa taknak macam buang masa mengadap taip panjang-panjang tapi isi macam haram.

Oh, sempena 31 Ogos 2012 ni aku ucapkan salam kemerdekaan buat semua. Walaupun dari konteks yang berbeza, letak sajalah erti kemerdekaan tu dekat mana kau suka. Terima kasih jasa mereka yang berusaha memerdekaan negara dari jajahan orang asing!

Pom pang pom pang!

Standard

Semenjak aku mudah terkejut ni, raya tahun ni paling menyakitkan hati. Terpaksa tersentak tiap kali dengar bunyi mercun. Kalau aku predator, dah lama aku siat kulit bebudak belakang rumah ni.

Kalau dulu aku buas main mercun sana-sini bingitkan malam orang. Sekarang baru terkacau-jiwa sendiri mendidih dengar bebudak main mercun.

Dah beberapa kali aku terkejut untuk entri kali ni.
Mana punya penyakit aku berjangkit ni.

Bihun sup dan soto sedap

Standard

Riang ria kita di hari raya,
Jangan dilupa pada yang tak berdaya,
Kirim salam khabar usah dilupa,
Eratkan silaturahim sesama kita…

Dua keping gambar lepas openhouse si Imah. Malas pula nak upload banyak-banyak; mohon minta kat Adib nanti sesiapa nak gambar beratus-ratus keping tu yah!

Jangan lupa, bersama doakan sahabat kita, Afiq Jamaluddin yang menjalani rawatan di hospital Pulau Pinang; kanser perut.