Belum terlambat nak ucapkan kepada jutaan peminat yang membanjiri blog ini saban hari. Bajet popular nak dapat viewer jutaan tiap hari. Ok abaikan. Keh keh keh!
Dikesempatan ini, nak mohon sejuta maaf dari segala salah silap diri aku ni; terutama kepada keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan. Kalau ada yang tak puas hati gak, sila tinggalkan komen. Tak lupa juga kepada sesiapa yang aku ada berhutang, mohon tuntut segera sebab mungkin aku dah terlupa. Kepada yang berhutang dengan aku, boleh juga tolong langsaikan. Haha.
Raya kali ini kurang kemeriahan dalam rumah ni sebab kekurangan anggota keluarga. Seorang di kampung halaman mertua, seorang lagi di perantauan menjalankan aktiviti amal. Yang tinggal hanya seorang jejaka kacak dan abangnya serta adik perempuan bersama abah dan mama. Ohsem.
Jadi, itu saja dapat ku karang kerna kekurangan masa; bunyi enjin kereta masuk dan aku harus turun bersalaman dan bermaafan. Tipikal betul.
Jadi, salam aidilfitri untuk semua yang berpuasa penuh!
Jalan-jalan dalam bazar Ramadhan petang hari sebelum berbuka. Ramai sangat, ada dengan kawan, ada dengan keluarga, ada dengan pasangan masing-masing. Kelibat seorang pakcik dengan cucu dia agak menarik perhatian aku.
Tekun dia melayan karenah cucu dia pergi dari satu tapak ke satu tapak. Plastik dijinjing di tangan masih tak mencukupi mungkin. Anak-anak baru balik dari bandar agaknya. Beli banyak boleh makan besar.
Aku cukup hanya dengan sup daging dan murtabak.
…
Pakcik yang sama juga aku nampak tengahari tadi; tekun cucuh rokok daunnya dalam kereta Toyota lama. Bersebelahan taman perumahan. Ahaa, tak syak lagi!
Bila jumpa kawan lama, jumpa kawan2, jumpa kawan kepada kawan. Mula la mulut tu nak mengomel. Nampak macam meriah tapi kadang-kadang ada yang menikam kalbu.
“Eh makin gemok lah hang”
“Tudiaa perut ke depaaaan!”
“Berapa berat hang ni? Dah macam tong gas ada kaki”
“Makin slim hang, hisap dadah pa?”
“Eh peco, makin hensem hang la nih, tak perasan aku”
“Peco!! Comel!!”
HAHAHA. Damn!
Manusia berubah. Apatah lagi fizikal dia. Macam peribahasa Melayu tu laa, apa orang kata; Sekali ombak memukul, sekali pantai berubah. Haha. Serius, apa yang berubah kat pantai tu? Tolang jelaskan kat aku =,=
Bila hang kata nak joging masa cuti sem tapi haram tak buat pun. Choooiih!
“Tak payah nak tegur aku lah, kau pun bukannya perfect sangat pun”
Dialog yang sering kali aku nampak, sering kali aku dengar dan baca; sebagai ayat pembidas untuk menutup kesilapan. Jika melakukan kesilapan,kesalahan atau ditegur pantang ditegur. Dicercanya kita pula.
Jangan kau pakai ayat sebegitu untuk menutup atau meneruskan khilaf kau. Dunia sekarang ni mana ada manusia yang sempurna, sedangkan tok imam atau wakil rakyat kau yang kau sanjung selama ni pun harini masuk berita ditangkap rasuah. Bersih sangatkah?
“Woooh..abis tu takda orang dalam dunia ni boleh tegur kau lah yer??”
Kau betul, selain Nabi kita Muhammad s.a.w, tiada lagi manusia yang sempurna. Sikit pun aku tidak menafikannya.
Kau betul, bukan aku nak malukan kau, aku cuma tegur sebab aku rasa itu perlu.
Kau betul, orang lain pun buat salah macam kau, tapi kau yang depan mata aku sekarang; aku tegurlah. Pernah ke memancing dapat semua ikan dalam tasik?
Jika ditegur, renungkanlah diri itu dan cuba ubah menjadi lebih baik. Bukan aku suruh kau ubah secara drastik, momentum kau terus ke atas pun bukan. Ubahlah secara berperingkat; kalau boleh.
Kalau nak ikutkan masa, masa kecil aku adalah masa yang paling panjang aku lukakan hati mama aku. Bila dikenang kembali rasa macam something yang agak bangang aku pernah buat banyak benda dulu. Kisah-kisah yang aku taknak cerita kat sini. Haha. Kisah yang boleh buat mama mengalir air mata. Tapi itu dulu. Orang kata masa mematangkan diri, tapi betul ke masa tu buat kita matang tanpa faktor persekitaran? Aku lebih setuju kalau orang kata persekitaran mematangkan kita tanpa mengira apa jua usia kita. Usia baby tolak tepi.
Dari sekolah menengah sampai ke universiti sekarang ni aku rasa aku banyak berubah lepas sekolah menenangah bila persekitaran aku yang lebih terbuka, lebih buat aku trerfikir panjang tentang hidup ni. Ada satu saat yang bila aku fikir apa aku buat sebenarnya dalam dunia ni. Tapi tak bermakna sekarang aku dah cukup perfect, cuma aku mencuba untuk berubah ke arah positif diri.
Nak share sikit satu kisah yang aku tak sure sumbe asal dia, cuma aku dapat copy paste kembali dapat entri kali ni. Kisah yang buatkan aku macam terkena satu panahan. Tak pasti thundercat ke apa. Tapi buat aku berfikir panjang sampai ke harini.
PERTAMA
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : “Makanlah nak, aku tidak lapar”
KEDUA
Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pe rtumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : “Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan” Continue reading