Harga minyak naik lagi esok ?

Standard

Masa dulu kala, pergi sekolah ja; aku diberi duit poket.

Sekolah rendah dapat la bawah seringgit. Boleh la tampung makan time rehat. Nasi lemak 40sen, air gelas kecik 20sen, kalau gelas besar 50sen.

Sekolah menengah pulak, dapat la seringgit lebih. Boleh la tampung makan time rehat. Tak nasi ikan keli, aku bedal ayam. Paling kurang lebih duit pun 20-30 sen. Menabung setahun pun tak lepas beli motor. Baik aku habiskan je duit dalam sehari tu. Aaah.

Sekarang ni, budak-budak masuk tadika pun dalam poket ada seringgit. Bukan ada kantin pun dalam tadika tu.

Dasyat!!!

Esok ada kelas awal pagi

Standard

Malam tadi Shawn dengan George borak-borak kosong di talian. Telefon.

Lebihan Hot Ticket Maxis kata Shawn. George kata ‘free call’. Padahal RM10 melayang beli menatang tu.

Sedang borak-borak. Bunyi letupan getaran kecil di talian.

George gelak-gelak, ” Haha..dengar tak??”

Shawn, “Dengar..bunyi apa…”

George gelak macam otak tak betul, “Bunyi kentut…hahaha!”

Shawn, “Cam balua perangai”

Bila rasaku ini rasamu

Standard

Matanya meliar melihat kalendar comel di penjuru meja.

Mengira-ngira hari hari seterusnya.

Sambil tangan kanan memegang cebisan roti.

Perlahan-lahan disuap ke dalam mulut selepas dicelup ke dalam mushroom soup.

Sambil otak berputar laju memikirkan masa depan.

Terukir senyuman manis kelat di bibirnya.

Penantian hanyalah waktu, getus hatinya.

Permainan zaman moden

Standard

Semua sudah kenyang makan. Cuma Park saja masih menikmati suapan terakhir.

“Paq, cuba tengok ni…”, kata Ap

“Aaaaa?”, balas Park

Air liur turun perlahan dari bibir dan disedut kembali cepat-cepat.Sruup. Pekat merah. Sambal ikan keli.

Mata Park fokus melihat pergerakan tersebut. Dan;

“Uweeeekkk…uwek”, merah muka Park

Hahaha. Kami ketawa macam orang gila.