Dua malam tanpa bintang

Standard

Aku dah kata. Memang tanak tengok cerita Jepun ke Korea ke. Cerita berepisod yang aku dah tahu apa kesannya.

Terima kasih kepada AP. Berjaya menghancurkan malam-malam study aku dengan cerita Jepun. Atashinchi no Danshi.

Oh. Terima kasih juga kepada Adib kerana jadi hero sekali lagi. Apakah indahnya dunia bila nasi tetiba bertukar menjadi KFC.

Memang 2 malam tanpa bintang. Tak nampak-nampak bintang pun; yang ada hanya syiling yang ada kipas berputar. Menyejukkan suasana menonton drama Jepun.

Nice.

Nasi lemak tingkat bawah

Standard

Pagi itu aku kempunan nasi lemak. Semua salah Paq, tanak layan ajakkan aku turun makan kat bawah. Kalau kat rumah ni, slambe je aku keluar makan nasi tomato terus. Sorang2 pun apa ada hal.

Orang lain masih membuta.

Lewat sikit, sorang lagi dah bangun. Adib jenguk kepala kat bilik aku. Lapar; katanya. Aku jemput makan mee goreng yang digoncang dalam tapawe; selepas diletak perencah. Macam mana boleh ada perkataan ‘goreng’ entahla. Paq melahap mee bandung Hutan Kampung. Juga segera. Tanpa kisah perasaan aku kempunan nasi lemak. Tak guna.

Lewat sikit lagi, AP baru menjenguk mukanya. Serabai. Lapaar. Bilik aku kunci woi; bising si AP. Dah berapa kali aku tegur, kunci bilik bawak selalu.

Petang itu kami habiskan masa dengan membuang masa dengan menonton movie; di laptop aku; di bilik aku. Acara yang jarang dilakukan dalam bilik aku. Selalunya bilik Adib jadi mangsa kesemakkan kami.

Lapar; semua lapar. Serius. Tangan dan muka Adib dah bergetar.

Aku masih kempunan nasi lemak. Tak guna Paq.

Maghrib; Adib dah ajak turun makan. Aku dunno; surfing blog orang. Walaupun lapar, tapi malas.

AP tengah layan game di gajet kecil aku.

Paq tengah online di laptop.

Sebentar tadi.

Adib dah tak keruan. Ambil kunci bilik aku; tegas suara Adib. Berlalu pergi ke biliknya.

Aku, AP dan Paq berpandangan dan teruskan kerja masing-masing. Rasa bersalah ? LOL!

5 minit kemudian; Adib muncul kembali. Memegang 4 bungkus nasi lemak.

“Haaaa…!! aku dah kata!”, jerit AP

“Heheheheheee…”,getus hatiku

“Lepas makan nasi lemak ni, kita turun cafe nah Adib, meh aku teman hang makan nasi lemak ni dulu”, pujuk Paq.

Ketika itu. Masa itu. Aku baru lepas pakai baju, baru menaip entri ini dan bersedia untuk ke bilik Adib kemudian Adib muncul tetiba dengan nasi lemak tingkat bawahnya. Ah…indah betul. Boleh pura-pura malas turun, nanti keajaiban berulang kembali.

Tapi Paq, aku nak makan nasi lemak pagi tadi la! Oi!

Hujan lebat kini

Standard

Baru lepas makan tengah-hari. Perut kenyang; suka hati-kot.

Sedang online ( terima kasih kepada anonymous yang sudi berkongsi akaun tanpa sedar – buat sementara waktu ).

Hujan lebat turun mencurah-curah mengalahkan titisan basah di plastik air oren aku.

Letupan mercun kedengaran beberapa kali memecah kebuntuan; disahuti jeritan makian penghuni blok.

Semalam; tadi, bunyi cermin tingkap pecah. Entah jatuh dari tingkat berapa. Praaaang.

Aku keseorangan dalam bilik melayan perasaan; tangap menaip; mata dipejam; telinga dicucuk earphone; lagu bingit.

Makhluk lain mungkin sudah mula menjadi kilang tahi mata. Masa yang sesuai tatkala hujan lebat; sejuk; sedap.

Tangan keras melekat di keyboard. Mencari sedikit idea untuk menaip. Walaupun idea aku tak pernah bernas; aku taip juga. Persetankan kata orang lain.

Tipikal manusia seringkali kata, “peduli apa aku, blog aku, aku punya pasal la”. Bukan aku kata, manusia lain.

Sedap betul air oren ni. Berkerut dahi lepas minum.

Aku layan lagu sambil goyang kepala macam orang tak siuman.

Kaki tergedik-gedik macam orang tak ketahuan.

Menjerit mengikut lirik lagu macam orang hilang pedoman.

Ah. Teruskan perjalanan yang baru bermula.

Bersama rakan-rakan seperjuangan.

“The time will come…”

Segalanya berakhir

Standard

Assalamualaikum, lama betul tak update blog aku ni. Terima kasih kepada pihak-pihak yang aku tak ketahui kerana menjaja link kotrovesi sehingga membuat aku teringat nak update blog balik. Eh, camna ampa tau link tu ha ? zZzZz…

Ok. Pengajian di POLIMAS dah tamat selama tiga tahun. Tiga tahun yang memberi memori terindah. Bak kata mat rempit, sweet bak hang! Himpunan pointer aku kali ni betol2 atas garisan penamat. Bak kata mat rempit, cuak bak hang! Terima kasih la kepada subjek-subjek last sem ni yang betul-betul buat aku boleh hadam. Segala ilmu yang kita kongsi sama-sama tu kira halal la nooh kawan-kawan. Kita sama-sama belajar. Buat ex-DIP aku harap semua maju jaya dalam haluan masing-masing. Kalo ada projek, share sikiiit.

Program 3P yang kita join sama-sama tu tak kiralah geng MS-SQL Server 2008 mahupun CompTIA A+, yang tak berjaya ataupun berjaya, janji kita ada pengalaman lalui suma tu bersama-sama buat sekali lagi walaupun dah habis POLIMAS.

Btw, aku ada lima sijil dari Microsoft, sikit lagi Bill Gates nak mai jumpa aku (gelak kerek). Thx la kepada Ibu Mitha, trainer keluaran Indonesia yang penat mengajar aku dan kawan-kawan kat kursus tu. Aku rasa macam tengok drama Indonesia live pulak. Libuur !!! Libuuuur !!!

Aku harap semua DIP6 dapat join konvo nanti eh, aku bawak gajet kesayangan ramai nanti noh..hehe.

Walaupun dalam MS-SQL ada function rollback, tapi dalam kehidupan kita ni, tiada istilah rollback..hidup mesti diteruskan.

Aku harap aku boleh join ampa grad sekali =)