Rezeki datang bergolek, tapi bergolek laju sangat..tak nampak apa dah..
Huhuhu..
Akemal akemal..haeh
Rezeki datang bergolek, tapi bergolek laju sangat..tak nampak apa dah..
Huhuhu..
Akemal akemal..haeh
Aku ingat lagi, masa aku masa berpangkat darjah..ketinggian aku menjadi isu mainan abang-abang aku.
Haha, pendek..
Dulu aku nak buka lampu tandas pun semput, terjengket-jengket. Aku tak boleh lupa lagi, masa pergi latihan Taekwondo di sekolah. Aku ulang-alik naik bas dari rumah aku dulu, Felcra Bukit Tampoi ke sekolah di Kuala Nerang. Jauh la juga.
Seksa,malu dengan orang dalam bas. Dekat nak sampai sekolah atau rumah saja, aku terjengket-jengket nak tekan loceng. Terhegeh-hegeh aku pijak besi tepi dinding bas tu nak lonjak ke atas sikit. Kalau dah tak sempat, aku minta tolong orang sebelah tekankan. Kalau dah takda orang, terpaksa aku pijak kerusi dalam bas tu nak tekan loceng. Alahai..
Dengan baju Tekwondo melekat di badan, memang aku pakai tak buang dah dari rumah ke sekolah. Agak bangga tambah malu dengan baju tu. Kalau orang di luar bas nampak, macam aku ni tengah prektis tekwondo dalam bas, sebelah tangan pegang palang kat bas, sebelah lagi tercapai-capai loceng. Gedik!
Sekarang sudah tinggi, kalah abengah yang selalu suka sangat ngata aku pendek..kwang3 !!
Haha. Nanti saja aku sambung cerita lain.
Semalam hari paling nyon buat aku. Tangan aku laju sangat tertekan button delete database forum Kronik. Akibatnya, forum Kronik tak dapat diakses kerana kehilangan data.
Haha.
Nasib baik la provider hosting aku ada backup database harian. Boleh direstore kembali, tapi dikenakan sedikit caj. Alahai…
Akemal, hang punya sebab la ni !
Aku panggil mama, jadi tiada sambutan untuk mama ku.
…
Selamat ulang tahun yang keberapa tah.
Mama nak hadiah pa besday ni ?
Mama nak Syafiq jadi anak yang baik dan dengar kata. Pi masjid time subuh, maghrib, isyak. Liat sangat.
Oh..
noktah.
Aku tetap anak yang baik.
Lalalalaa….