Bila boleh tengok ?

Standard

Sedang asyik bermain kuiz di mIRC, Pn Suraya datang menjengah office. Sambil menjinjit dua buah buku log; buku aku dan buku adib.

“Minggu lepas punya belum tulis lagi kan ?”, Pn Su

“Ah..yaya..belum lagi..heee”, tersengeh Adib menjawab

“Sistem haritu yang kena tambah dah buat ? Bila boleh tengok ?”, tanya Pn Su

“Oh..dalam proses, nanti kami jumpa Pn”, kami bersuara

Pn Su angguk-angguk macam tengah dengar lagu heavy metal

Alamak..dekat sebulan sistem tertangguh. Counter-Strike punya pasal, kerja belum siap.

IceWorld one more round pls…

Kelajuan jari

Standard

Belek blog lama sebentar tadi, nampak entri ’speed test’; Oh, entri ujian kelajuan jari menaip yang aku buat satu ketika dulu. Memang teruja melihat keputusan kita; jika indah.

Dahulunya tiada Bahasa Malaysia; Baru aku masuk web Speed Test sudah ada page dalam Bahasa Melayu dan terus aku cuba.

Percubaan pertama aku hanya 69 perkataan betul.

Ini pula percubaan terbaik setakat ini.Cukup makan; boleh dapat kerja bagus kot ? Kerani?Oh…tidak!

74 perkataan

Speed test

Laman Web Dinamik

Standard

Aku seringkali dihujani pertanyaan camna nak buat web dinamik; atau kata mudahnya web yang boleh berinteraksi dengan pengguna; atau kata lagi-lagi mudah, boleh masukkan input dan boleh paparkan kembali input yang dimasukkan ke dalam database.(atau taktau kalau ada kata yang lagi-lagi-lagi mudah)

Permulaan sem praktikal dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari kawan-kawan camna nak buat tu,camna nak buat ni. Semuanya berkaitan dengan website dinamik. Oh damn, aku bukanlah seorang webmaster yang hebat.

Aku bukanlah tahu pun dengan PHP,ASP,JSP dan sewaktu dengannya; HTML pun aku masih kantoi, tapi disebabkan yang bertanya pun lebih kantoi dari aku jadi aku hanya tolong mana yang mampu.

Terfikir untuk masukkan tutorial merekabentuk laman web dinamik dalam blog aku ni. Mudahlah sesiapa yang nak belajar untuk buat rujukan. Insyallah akan aku update entri tutorial ntuk kesenangan bersama.

Pastikan komputer anda dilengkapi software DreamWeaver kerana tutorial yang aku beri menggunakan fungsi dalam DreamWeaver semata-mata; tak kisahlah Adobe atau Macromedia, kerana sama saja keduanya.

Entri Cepat #1

Standard

# Aku kena tag!
Praktikal membuatkan aku tiada masa untuk update entri baru (tipu gila alasan).
Maaf kepada kekawan yang telah pun tag aku;seed,hendra. Blog ni masih mentah dan tak cukup umur untuk membuat tugasan (alasan lagi).
Nantikan hari-hari mendatang untuk aku menjayakan tag anda yosh ~? !

# Pas menang ?
Tahniah la kepada Pas yang berjaya menguasai Kuala Terengganu; keputusan yang diumumkan dimana Pas mendahului majoriti sebanyak 2 ribu lebih. Moga Pas mampu membawa K.T ke arah kemajuan dunia dan akhirat. Kepada BN, cuba lagi dia hari mendatang. Eh,peruntukan di K.T jangan dibekukan pula yer?

# Praktikal
Tak banyak aku nak katakan, cuma suasana di pejabat agak sejuk dan bebas. Bos yang mesra alam memudahkan lagi aku menjalankan kerja dan kaki ke serata tempat di hospital. Hospital ? Boleh rujuk di entri sebelum ini. Tugas yang aku dapat, membuat satu sistem aduan kerosakan untuk sebarang peralatan komputer di setiap jabatan hospital, berasaskan PHP dan MySQL. Itu saja, mungkin ada lagi tugas nanti. Akan dibincangkan pada meeting bulanan jabatan.

Beli-belah memang menyeronokkan

Standard

“Boleeeeh..? betul ??”, konfius pertanyaan aku
“Ambil dah la…yang ada kat rumah pun dah hilang habis, bagi kat sapa pun tatau”, sedikit tegas mama
“Ngeee…oke..terpaksa ambik lah ni..”, tangkas aku pilih satu per satu kemudian bertambah bilangannya
“Tadi kata tamau…dia lak pulun habis”, getus hati mama

Hampir satu jam berdiri di area pakaian lelaki bukanlah perkara yang seronok. Lenguh dibuatnya. Keadaan yang lengang buat aku lebih selesa bergerak mencari keperluan. Abelong turut serta menjayakan kempen membeli-belah. Habis, ya dah habis pilih dah masa untuk membayar.

Tap, tap, tap, sreeeet…
Tap, tap, tap, ktek ktek…
Zrap…resit dicucuk. koyak

Terpapar pada skrin kecil ala-ala menara iklan digital di tepi jalan, RM3## !
Walaweh, teruja aku hampir-hampir rasa bersalah. Tak pernah aku menghabiskan sebanyak tu untuk dipakai pada tempat yang tidak diperhati manusia. Oh, ya..harga bersama seluar cotton yang aku dan abelong beli juga! Fuh..

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Hampir.

“Ha, sebab tu la tak suka sopink, habis cenggitu ja..huhu”, rungut aku ala-ala tak bersalah
“Takpa..jam kul brapa dah ni, mama pun tak masak lagi, balik nanti rebus je spenda ngn boxer tu buat sup”, mama bersahaja
“Gulp…”, kami