Tiga huruf yang membuatkan hati kita sukar untuk mengungkapkan kata seperti rindu, sayang, dan maaf; terutamanya kepada ibu bapa.
“Leave the ego otherwise everyone would leave you”
Malam ini hujan lebat, angin kuat. Aku terbaring atas sofa, betul-betul laluan angin sejuk masuk dari pintu yang terselak sedikit; jadi santapan nyamuk.
Ilmu yang ada jika tidak diamalkan sama seperti parang tajam yang disimpan dalam stor lama kelamaan hilang ketajamannya; cuma ilmu hanya ada di dada tapi tidak berguna.
Jangan hairan kalau belajar tinggi-tinggi. belajar agama tetapi perangai dan akhlak tidak melangit tinggi.
Sama juga;
Jika hanya meritih berdoa sebulan sekali, apa tuhan akan makbul apa yang kau hajati?
Syaitan hanya tersenyum sinis di tepi, suka melihat kau alpa kembali.
Harini aku masih dalam mode terkejut lagi. Terkejut dengan berita kematian sahabat aku, Afiq. Rasa macam baru semalam gelak tawa mengusik dia, cuba memberi semangat ketika dia berusaha menahan sakit di atas kerusi roda menanggung derita kanser perut.
Aku bukan kawan yang baik, tapi aku sayang sahabatku.
Aku diberitahu arwah pergi dengan mudah(dari pandangan kita), alhamdulillah. Aku yakin kau di tempatkan di kalangan orang yang beriman beramal soleh.
Segala memori kita bersama ketika di POLIMAS dan secebis di USM akan ku genggam, aku semai dalam hati.
Tiada lagi penderitaan dunia buat mu, hanya ketenangan abadi di sana bersama sang pencipta.
Tiap kali cuti sem, aku set masa dengan kawan-kawan kita nak ziarah hang. Sebelum dari hang sakit sampai hang ada kanser, aku tatau berapa pinggan dan kami habiskan nasi rumah hang. Dari berlari berdiri sampai berkerusi roda, dari sedap badan sampai kurus susuk tubuh hang tetap cekal semangat melawan sakit.
Tapi awal bulan Ogos ni dah ditakdirkan hari terakhir kita bersemuka berjumpa bergelak ketawa. Aku bukan kawan yang baik tapi aku anggap hang sahabat yang aku sanjung, tetap pendirian, berpandangan jauh.
“Aku takda duit raya, aku bagi Yasin ni takpakan? Nanti ampa baca la bila perlu”
Kelu lidah kami bila hang kata macam tu, aku hanya mampu tepuk perlahan bahu hang, tahan.
Aku tak akan lupa segala memori kita bersama masa di POLIMAS, masa kita berlibur segala bersama.
Allah lebih menyayangi hang, Dia ambil hang dulu dari terus lama sakit kanser. Aku doakan semoga hang dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh mereka beriman.
Dulu aku pernah naik teksi seorang pakcik ni, manis mukanya. Dalam pukul 7 pagi, kenderaan dah mula bertali arus nak mengejar waktu pejabat masing-masing. Pakcik tu kurang bercakap dan hanya menjawab sepatah dua bila aku bertanya dan mudah tersenyum.
Aku yang mengejar waktu meminta dia lebih pantas memandu; dia hanya mengangguk dan tersenyum. Keretanya sedikit laju menyusuri jalan taman.
“Jalan ni cepat sikit dik, tak payah nak hadap sesak sangat” katanya, aku hanya mengiakan. Continue reading