Minyak ikan berkicap

Standard

Dulu masa kecik, kalau masa nak makan, sembilan orang penuh bersila atas lantai. Dengan pinggan tak sama jenis; ada kaca ada plastik. Dalamnya berisi nasi seorang sikit, cukup nak mengisi perut kali ni. Semua terdongak renung dapur, si emak tengah menggoreng ikan haruan dari bendang belakang rumah.

Pantang lepa, ada saja tangan nak mencubit haruan dah siap goreng di pinggan sebelah dapur. Kembang kucup hidung mengikut rentak perut.

Ikan siap digoreng, disudu sedikit minyak ikan yang digoreng dan diletak dalam nasi dan digaul dengan kicap. Itu sudah memandai kata abah. Dulu bukannya dari keluarga senang. Hanya makan apa yang termampu. Resipi yang sampai sekarang aku masih buat.

Terkenang dua tiga bulan lepas, bila aku terjumpa paket serbuk Maggi dan aku buat juadah hirupan petang.

Aku rasa teruk.

Proses kaler-dari-hitamputeh

Standard

Setelah hari kedua menapak dalam rumah sendiri ni, gua rasa nak kemas bilik komputer yang agak semak samun boleh buat tikus beranak dengan riang ria.

Kemas punya kemas, terjumpa sekeping dua gambar lama, simpan dulu tepi. Kemas lagi, setup apa patut, scanner, pc bagai, terus on workstation gua.

Dalam hati berniat nak teruskan urusan pengkaleran yang tertunda dua tiga sem lepas. Kecewa dulu scanner rosak plus bangang photoshop. Terkial-kial brush, mouse bergegar, tangan barai.

So..

Gua nak share hasil karya  gambar-pengkaleran-dari-pehitamanputihan setelah selesai 4 jam menghadap natang photoshop dengan pembaca-pembaca setia (krik3).

Aku pun takda dalam gambar ni. *sigh*

IMG_0005

lama1Lepas preview post, baru perasan background tak letak warna.

 

 

Aku bukan penganut Katolik Roma

Standard

Bila belek-belek news feed facebook akan nampak macam-macam benda; tapi yang paling banyak adalah status dan komen-komen isu semasa yang berunsurkan politik.

Dulu masa sekolah rendah sampai ke menengah, politik ni macam acah tak acah je nak masuk dalam hati, nak masuk dalam telinga. Hanya sekadar ambil tahu saja. Tak pernah nak kisah sangat. Dapat main bola sama-sama, ponteng kelas sama-sama, dapat gred exam je lain-lain. :O

Sekarang ni dengan usia dah meningkat boleh jadi bapak orang, bila dah jadi semakin alert dengan isu semasa, dengan isu politik; aku rasa kesian. Kesian dengan sahabat-sahabat sekolah dulu yang dulunya boleh main sama-sama kini mula bertukar memandang macam musuh disebabkan perbezaan politik.

Yang dulunya macam nak penendang je tahap annoying tu, kini dah boleh berucap dalam perhimpunan agung.

Yang dulunya kaki ponteng sekolah, kini dah makin maju bisnesnya.

Bangga.

Tapi jangan sebab politik, silaturahim kau gegarkan.

Dulu Melayu Melaka penuh dengan kekuatan segala; dari segi politik, ekonomi, pertahanan. Tapi akhirnya rebah. Sebab apa? Sebab ada bangsa Melayu itu sendiri yang tamakkan kuasa, membelot demi kepentingan diri.

Kalau kita tengok cerita cina Hong Kong dulu kala, kau akan nampak betapa kuatkan mereka menyokong bangsa mereka. Jatuh bangun bisnes bersama semula. Merantau ke pelosok dunia nak kembangkan pengaruh. Jangan pula kau salahkan satu bangsa jika bangsa sendiri yang entah kemana.

Sekarang ni Melayu semakin ultra. Cina memang perangai mereka sejak dulu.

“Don’t ask what your country can do for you. Ask instead what you can do for your country” – John F. Kennedy