Hari hari rasa macam ni.

Standard

prktkl

Dalam hati dah mula menghitung hari nak tamatkan latihan industri.

Dalam hati dah mula start perangai malas nak bangun bersiap pepagi.

Dalam hati dah mula mencanang plan masa cuti.

Lagi 4 hari nak habiskan semua aktiviti harian; tunggang motor dari satu site ke satu site.

Lepas ni dah boleh baring sedap atas katil, bangun main game sambil selit sikit impian nak berjaya untuk sem depan dan sem satu lagi kalau ada. Haha.

 

 

Perut berbunyi

Standard

Pagi ni macam takda case yang masuk. Yang sedia ada pun dah diagih pada staff lain. Gua hanya mencangak mengadap desktop; skrol skrol.

Dari berita hingga ke hiburan, sesat ke isu sensasi sampai ke politik. Dari kerajaan sampai ke pembangkang.

Satu gambar menarik hati nak share.

20131205-115234.jpg

Nampaknya perut tak berhenti berbunyi lagi.

Bermalas-malasan

Standard

Kalau enviroment kau tak selesa; tak selamat. Nak buat apa pun jadi malas.

Sebab tu pagi ni sekali lagi aku amek EL dengan bagi alasan yang tak munasabah selama 6 bulan aku praktikal.

“Nak kena jaga bebudak ni buang undi” aku pakai alasan pilihanraya kampus.

“Tak jaga tak boleh ke?” via team leader dari ofis.

Kah kah. Sorry bro, gua malas nak masuk ofis.

Kehidupan normal dinafikan

Standard

Satu hari itu aku ke bank untuk mengeluarkan duit. Duit untuk keperluan seharian. Keluarkan secukupnya untuk tampung seminggu dua; tak perlu sebulan dua untuk saratkan poket aku dengan duit.

Di pintu bank kelihatan dua tiga orang budak berkeliaran memegang kepingan kertas cetakan ayat Quran (agak2) dan menggalas beg kusam. Melihat saja ada orang yang keluar dari pintu bank, terus mereka bergegas segera menuju sambil membetulkan songkok berhabuk.

“Pakcik, kami dari Maahad nak minta sumbangan sedikit untuk pembinaan bangunan kami…” dan terus bercakap seperti menghafal sepotong skrip oleh orang tertentu. Percakapan mereka sama saja untuk orang-orang lain.

Aku perhatikan saja gelagat mereka sambil meneruskan urusan aku di mesin ATM. Usai saja urusan terus aku keluar dan sudah diagak sorang budak perempuan datang dan berdialog sama seperti budak lelaki yang aku lihat tadi. Aku hanya tersenyum dan bergegas masuk ke dalam kereta. Sindiket. Aku tahu. Mereka ini diperalatkan pihak yang menggunakan nama agama untuk mencari ‘sumbangan’ untuk menyara perut tak berperikemanusian.

Didalam kereta, aku memanggil kembali budak perempuan tersebut dan bertanya sedikit soalan.

“Dari mana dik?” – aku
“Dari Maahad blablabla Sg Petani bang” – dia
“Mana cikgu?” – aku
“Errmm…tatau, nanti dia datang” – dia

Aku hanya tersenyum dan menghulurkan sedikit not.

“Adik simpan duit ni, pakai untuk diri sendiri, jangan bagi orang” kata aku sambil menolak barangan yang mahu diberinya.

“Terima kasih bang” dia

Kekadang aku tak faham kenapa ada pihak yang sanggup menggunakan budak-budak yang sepatutnya diletakkan di sekolah pada siang hari ini untuk meneruskan pembelajaran untuk masa hadapan. Apakah mereka ini anak-anak yatim piatu yang dijaga oleh pihak tertentu tetapi disalahgunakan kewujudan mereka?

Sayu.