Libasan kabel monitor

Standard

Bila terbaca berita pasal isu saman menyaman antara ibu bapa dengan guru pendidik ni, aku tertanya. Apa fungsi seorang guru kalau langsung si anak tak boleh disentuh?

cikgu

Teringat masa dulu zaman sekolah; dalam makmal komputer. Cikgu Fauzi namanya, garang kemain. Mengajar sambil genggam kabel monitor. Suaranya tinggi, garaunya kasar, kepalanya sedikit licin, tingginya sedikit kurang – tetapi tegasnya tetap kami pandang. Pantang lihat ada pelajar yang menyembang, dijerkahnya terus berjalan melibas kabel di badan. Menggeliat badan menahan pedih. Itu baru pengajaran buat badan. Tak pernah pula disaman.

Memang zaman tu balik mengadu pun kena ‘padan muka’ dengan ibu bapa lagi. Apalah sangat ditampar kepala dengan Cikgu Fauzi, kerap sangat. Pernah juga didenda berjalan gaya itik keliling makmal. Lemah longlai lutut bila bangun. Rasa nak tercabut semua ada. Tiap kali masa makmal komputer, hati jadi gementar. Bersedia segala kemungkinan. Niat nak ponteng pun berlalu pergi. Itu baru gaya cikgu mendidik. Kami hormat sampai sekarang. Tak pernah simpan dendam. Bukannya marah tak bertempat, bila berjumpa di luar; senyumannya manis, percakapannya serupa bapa yang kasih akan anak-anaknya. Tunduk salam cium tangan tanda hormat.

Tak kurang juga cikgu-cikgu lain.

Ada yang didenda berlari keliling padang 5-10 pusingan.

Ada yang disuruh berdiri tepi tiang gol sampai habis waktu kelas.

Ada yang disuruh berdiri luar kelas; berdiri atas meja.

Ada yang disebat dengan pembaris kuning satu meter.

Ada yang dilempar pemadam papan hitam.

Merah mata, mengalir air. Sekarang alhamdulillah semunya menjadi manusia walaupun berlainan perjuangan.

Zaman sekarang pantang dicuit melambung gansternya. Dipukul pula juga, disokong pula keluarga. Besarnya jadi apa tanpa bimbingan yang betul?

 

 

Noob memancing tak ketahuan #1

Standard

Dah nak habis cuti sem baru ada plan cuti yang ingatkan dah tak jadi. Kali ni cuti tak keluar negeri, pusing dalam Kedah juga. Tiga orang dari Kulim; dua orang dari Alor Setar; sorang dari Jitra; sorang lagi celapak balik dari UPM.

Lokasi kali ni tak jauh; Chalet Terapung PKK, Segantang Garam dekat Merbok. Bila aku Google tempat ni nampak macam cantik pun ada, cikai pun ada; tapi dah nama pun port santai memancing, redah saja cuti bajet kali.

Macam biasa entri, karang tak reti – upload gambar saja pandai.

20140125-232432.jpg

20140125-232642.jpg

20140125-232656.jpg

20140125-232709.jpg

20140125-232718.jpg

20140125-232728.jpg

20140125-232736.jpg

Akta Keterangan menjerut pengguna internet?

Standard

Semakin kecoh dunia internet Malaysia dengan akta keterangan pindaan baru (114A). Boleh sesiapa terangkan secara detail kat aku selain dari penerangan dari blog/facebook/twitter yang beremosi pembangkang. Haha. Malas gamaknya aku nak Google. Phew.

Tapi seperti insan lain yang bagai anak itik mengikut ibunya melenggang pulang, aku pun nak join gak ‘menyertai’ penolakan akta yang aku anggap zalim. Serius ke akta ni? Takdak kebebasan langsung la nak taip pasni. Taip sikit, kena jerut. Wohoo! Mana yang tak minat politik atau isu semasa dalam Malaysia ni yang dikatakan ‘shit’ tu, tolong la baca sama benda ni. Penting woooh!

Apa pun aku sokong je la segala benda kempen atau aktiviti yang menentang kebebasan menaip dalam dunia maya ni. Walaupun aku bayar streamyx murah berbaloi dengan pakej aku, tapi aku ada hak juga nak buat blog taip merapu. Kalau orang lain pedajal aku komen fitnah bagai dalam blog ni, habis la duit nak bayar bill. Sob sob. Kalau boleh filter komen ok la, kalau tak sempat. Aish!

About Section 114A

Err, kalau aku komen maki Anwar Ibrahim dekat page Facebook Najib Razak – Najib akan dipertanggungjawabkan ke?

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula

Standard

Aku suka Merdeka 2012 kali ke-55 Malaysia sebab penuh dengan kontrovesi. Haha. Bakal tertulis dalam sejarah Malaysia bilamana negeri-negeri Pakatan dan Barisan ada tema dan logo yang berlainan. Wohoo! Kedah lagi rare sebab jadi neutral walaupun dalam Pakatan. Terpaksa buat entri sentuh sikit ‘politik’. Saja nak tinggal buat sejarah dan kenangan dalam blog ni.

Barisan dengan kontrovesi logo dan lagu Kemerdekaan yang seperti dipolitikkan; tak macam sambutan kemerdekaan sebelum-sebelum ni. Terus menerus dengan khidmat menteri tua gamaknya.

Dikatakan logo yang tak macam logo ni pun diceduk dari pelekat kereta untuk Kemerdekaan yang ke-52.

Pakatan dengan kontrovesi tema berlainan. Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema “Terus Berbakti”, Kelantan menggunakan “Menerajui Perubahan” sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”. Tiga tema terus. Wah, tak sepakat pun gayanya. Tapi suka gak la dengan logo yang baru dan fresh ni. Baru nampak ciri logo tu.

Ni pulak design-design yang diberi oleh designer-designer secara percuma untuk diguna-pakai. Aku tak ingat apa page FB tu, ni pun aku cuba Google Img dan jumpa. Tapi masih lagi kool dari logo Pakatan tu, dan ofkos lagi lawa melangit dari logo Barisan.

Woho. Sekian sajalah. Yang mana ada terasa atau butthurt ke mohon tak payah nak komen busuk2 lah kat sini. Buat kawan-kawan yang sokong Pakatan or Barisan mahupun atas pagar, mintak maaf banyak-banyak. Entri ‘politik’ ni saja aku pilih sebab bakal jadi sejarah Malaysia. Haha. Nanti dah tua, leh gelak baca entri ni ha.

Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke-55!

Hantu naik minyak

Standard

Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
“Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.