Noob memancing tak ketahuan #1

Standard

Dah nak habis cuti sem baru ada plan cuti yang ingatkan dah tak jadi. Kali ni cuti tak keluar negeri, pusing dalam Kedah juga. Tiga orang dari Kulim; dua orang dari Alor Setar; sorang dari Jitra; sorang lagi celapak balik dari UPM.

Lokasi kali ni tak jauh; Chalet Terapung PKK, Segantang Garam dekat Merbok. Bila aku Google tempat ni nampak macam cantik pun ada, cikai pun ada; tapi dah nama pun port santai memancing, redah saja cuti bajet kali.

Macam biasa entri, karang tak reti – upload gambar saja pandai.

20140125-232432.jpg

20140125-232642.jpg

20140125-232656.jpg

20140125-232709.jpg

20140125-232718.jpg

20140125-232728.jpg

20140125-232736.jpg

Cuti-cuti Malaysia wohaaa

Standard

Sedikit koleksi gambar percutian aku dengan kekawan sempena sem praktikal ni; 3 hari 2 malam. Upload gambar yang mana rasa penting je, buat kenangan la kononnya eceh. Rasa bersawang pula blog ni, kasi fresh sikit buat entri.

Lokasi : Kemang Indah Resort, PD / Melaka Wonderland

Aku, Azrul, AP, Paq, Mad.

Sekian!


“In matters of healing the body or the mind, vacation is a true genius!” – Mehmet Murat Ildan

Lalat super model

Standard

Extension tube manual yang aku beli tahun lepas baru terasa nak pakai masa cuti sem ni. Lepas teracun tengok gambar2 macro dalam page facebook tu, alahai goyang jiwa ni. So, dengan diffuser buatan sendiri dan speedlight oldskool, aku cuba menyelami kembali jiwa seorang photographer. Haha. Lama betul tak pegang D90 aku nih. Bersawang >,< Lalat

Lalat 2

Tak banyak serangga dekat laman rumah ni ha..lalat pun jadi lah.