Cuti-cuti Malaysia wohaaa

Standard

Sedikit koleksi gambar percutian aku dengan kekawan sempena sem praktikal ni; 3 hari 2 malam. Upload gambar yang mana rasa penting je, buat kenangan la kononnya eceh. Rasa bersawang pula blog ni, kasi fresh sikit buat entri.

Lokasi : Kemang Indah Resort, PD / Melaka Wonderland

Aku, Azrul, AP, Paq, Mad.

Sekian!


“In matters of healing the body or the mind, vacation is a true genius!” – Mehmet Murat Ildan

Masa itu bukan emas

Standard

Blog letak “Peco Photography”; tapi haram gambaq tak letak pun.

Apa guna speedlight kalau bateri tak dak.

Apa guna subjek kalau motif tak dak.

Apa guna shutter kalau tak diklik.

Apa guna streamyx kalau connection macam pelaq.

Kebabian apakah semua ini.

Ini semua poyo!

Wisely

Standard

Maka bersenang-lenang lah ia di sana tanpa gangguan atau provokasi.

“Masa yang banyak untuk digunapakai. Jangan sia-siakan” via Project

Ini satu project terbesar dan kerap dilakukan. Letakkan kesalahan pada orang lain dan cabut lari.

“Listen! Listen! Listen! Let me make decision for you because I know you well” via Project

Lagak bagai menteri memahami kesusahan rakyat tanpa asas.

Let me speak.

Kipas laju macam nak terbang siling

Standard

image

Rasa macam baru semalam orang buat lawak bodoh pasal masuk tandas berak tahun 2011, habis berak tahun 2012. Aku ingatkan dah takda orang bodoh buat lawak ultra bodoh tu untuk tahun 2012 melangkah ke 2013. Cuma diubah sedikit versi; “aku kencing tahun 2012 sampai 2013 baru habis..wahaha” – lawak twitter/facebook paling bangang.

Untuk 2013 ni aku berniat nak berubah menjadi lebih bagus dunia akhirat – hijrah. Bagi aku nak berubah tak payah tunggu tarikh sekian-sekian. Bebila masa saja kita boleh ubah apa yang kita nak. Yang penting niat dan usaha.

Aku sedang terbaring sambil menekan skrin HTC yang comel; kekadang typo – skrin kecik siak. Sambil selang-seli suara dari The Field of Justice mencelah. Champions sedang berperang.

Dan.

Semoga aku berjaya lulus dan naikkan sedikit pointer untuk final exam yang nak tiba.
InsyaAllah.