Keychain gua pun tak makan McD

Standard

Kisah bermula dengan dua makhluk tidak dikenali asal-usul telah ditawan oleh P1 Tower yang menyedihkan. Setelah berabad lamanya dipaku di menara; akhirnya mereka berjaya melarikan diri selepas paku itu patah akibat pengkaratan yang maksimum. Mereka terjatuh dari menara dengan kalajuan cahaya.

Nasib si Vodoo bermata hijau baik kerana terjatuh di dalam sebuah rumah kosong; manakala si Penyamun tidak mendapat apa-apa. Setelah persetujuan dicapai, mereka bersepakat untuk tinggal sekali tetapi Vodoo di dalam dan Penyamun di luar. Vodoo yang matanya melihat kiri dan kanan serentak hanya mampu tinggal di dalam sementara Penyamun yang bersenjatakan M15 besi anti-karat bersemangat kental menjaga keselamatan mereka dari anasir jahat P1 Tower.

Mereka berpindah ke satu kawasan lapang kebiruan, jauh dari kebisingan speaker bingit. Di sini tempatnya aman dan damai. Hanya ada manusia berseluar dalam merah di belakang sedang bermain iPad tanpa peduli kehadiran mereka.

Tetapi hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Si Penyamun tanpa disedari telah menyelinap ke kiri rumah Vodoo dan menembaknya. Maka tamatlah kisah mereka berdua si keychain tak bernyawa tanpa sempat membuat pesanan burger prosperity.

The end.

 

Jangan terpedaya

Standard

Sedikit info, nasihat untuk yang nak membeli kamera. Copy paste dari FB Digitalgadget22u

Ada org ke kedai mintak nak try kamera yg dalam kotak… Bukan kami xbagi try tapi tu kamera baru… Sebab kalau anda xjadi ambik dah jadi 2ndhand kamera tu… Kesian org yg dpt tu, ok ada plak yg kata pasal apa kedai lain bagi try, jawapan saya mmg dia bagi try dan dia buka dlm kotak bagi kat anda… Dan apa jadi pada kamera anda try tu? Dia akan jual balik bila masuk kotak… Kamera yg anda ambik pun silap dah pernah org try… Ni bukan saya saja reka cerita, tapi salesman nikon dan canon sendiri yang cerita…. Mmg ada demo set tapi brg tu nikon dan canon bwk bila ada event2 besar dan letak mcm kat times square mcm nikon, ada jugak kedai yg ambik demo set sebab dpt diskaun tapi bukan semua model… Mcm saya cuma ada 60D saja…

Yang saya cerita ni semua sebab ada sorang kawan dok KL beli kamera nikon D300s 2 hari kat pudu plaza atas niat nak pakai 2system xpernah buka kotak lagi tapi oleh sebab anak dia nak melanjutkan pelajaran dia nak pi tolak balik kat kedai tu cuma nak ambik separuh harga dari harga baru, lepas tu dia call saya dan saya kata kalau brg tu betul2 baru pun kalau saya ambik kat tgn dia mesti ambik pada harga 2nd cuma tak la separuh harga baru, dia bagi jaminan shutter 0 sebab dia xpernah on lagi sebab lens nikon xdak, bila sampai pada saya dan saya check shutter count tgk dah jalan 200 lebih, saya call pada dia dan terkejut, dia call kedai dan kedai kata dia xtau, dia jual set baru…. Bila saya tanya owner masa beli try on dak, dia kata dia sendiri on tapi xshoot pun, saya tanya adakah ada keluar setting time zone pada masa tu, dia jawab x pulak sebab terus keluar mcm biasa…. Untuk pengetahuan anda semua kamera baru mesti akan keluar setting time zone dulu…. Kalau xkluar tu bererti dah pernah on dan ada org dah try….

Masakan air tangan mamak

Standard

Dua tiga hari lepas aku lepak kedai mamak yang agak popular dalam kalangan pelajar UPM. Burger bakar dekat kaki lima tu pun boleh tahan. Sampai saja, ada meja kosong betul-betul berhadapan tempat masak. Malam tu Malaysia lawan Singapura,  Piala AFC Suzuki kot.

Kedai tu memang ramai sangat, tak menang tangan tengok mamak nak layan. Aku tak sure mamak pure atau bangla atau indon mix atau pendatang dari negara jiran. Yang sedang menggoreng aku nampak macam orang indon.

Order kami sampai dalam masa 18minit. Aku minum saja. Aku nampak sebelum dia hantar nasi goreng dekat meja,  dia ada ambil roti canai dalam bekas; tak tahu kurun keberapa. Dia panaskan balik dan hidang dekat kawan sebelah aku. Pesannya tadi minta buatkan garing; memang tak dapat la.

Aku tengok yang tukang goreng tengah sibuk potong sayur. Tak pasti dia sedar atau malas layan tapi ada sebatang sayur(aku tak pasti;mungkin salad)  jatuh dekat lantai. Dia tak angkat. Ada sorang mamak datang bagi order, nampak sayur tu kemudian angkat letak balik atas tempat potong.

Ok. Sebelum dia angkat tu aku nampak dekat 3 4 kaki dah sepak, pijak sayur tu. Niat aku nak tapau mee goreng memang terbantut terus walaupun lapar la juga. Nampak pula dia pegang telur mata, macam genggam dan terus letak dalam pinggan. Lepas tu lap tangan dekat seluar dan teruskan menggoreng. Haha.

Yang mamak sebelah ni pegang ais pakai tangan, tadah buang air pastu letak air kosong. Wooh! Aku 100% percaya tangan tu dah bermacam dia pegang dari mula kerja awal pagi. Nak nampak basuh tangan memang tak la.

Tangan berminyak bagai, berlendir peluh. Aku rasa mungkin tu resepi
terhebat kenapa orang suka lepak kedai mamak. Kalau garu bontot, garu hidung, korek telinga? Kalau basuh tangan ok la, kalau takat lap kat seluar je? Woooh!

Tu yang aku nampak, yang aku tak nampak wallahualam. Harap-harap yang semalam tu tak berulang dah.

Tapi nasi lemak telur mata dia sedap. Lawan cucuk telur kuning orang sebelah!

Global Peace Mission : Sumbangan ikhlas Gaza

Standard

Kekejaman Rejim Zionis yang semakin melampau dengan menyerang penduduk Gaza, Palestin amat menyedihkan umat Islam. Berharap masyarakat Islam dapat mendoakan kesejahteraan penduduk di Gaza dan memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada mereka. Jangan hanya mengikut trend dengan share dan retweet sahaja di Facebook dan Twitter. Hulurkan bantuan, ringankan beban!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
– Al Baqarah 2:261

[Hands For Gaza]

https://www.facebook.com/gpmmalaysia
http://www.gpm.com.my